Resepi Kek Hari Jadi

Resepi Kek Hari Jadi | Kek Coklat |Resepi Sedap


( saiz: loyang 18cm )

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak n esen vanila
TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

Cara-cara Membuat:

1.Pukul telur,gula dan mentega sehingga kembang.Kemudian titiskan esen vanila dan  pukul lagi.
2.Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
3.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
4.Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
5.Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
6.Utk bahagian topping...campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Kemudian curahkan di atas kek yang sudah sejuk tadi.. Hiaslah ikut selera anda. Selepas itu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.Apabila sudah sejuk bolehlah di makan bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.



 tags:Resepi Kek Hari Jadi |Resepi Kek|Resepi Sedap, resepi  kek coklat, resepi lazat,

No comments:

Post a Comment