Cara Membuat Nasi Lemak Sedap| Resepi Nasi Lemak

Cadangan Hidangan:
Untuk 6-8 orang saja

Ini dia cara membuat nasi lemak yang enak dan asli:-
Mudah je.

Bahan-Bahan:

Bahan Nasi Lemak:

500 gm beras ( dibersih & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:


2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong nipis-nipis)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
Ikan bilis goreng
Kacang tanah digoreng.
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Buat Sambal:
125 gm ikan bilis
125 gm bawang merah (dikisar)
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat



Cara:
Untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.
Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.

Untuk membuat sambal:

Giling semua bahan perencah.Pnaskan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya. Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.

Tags: Resepi Nasi Lemak Sedap, Resepi Nasi Lemak Kampung, Nasi Lemak Mudah, Harga Nasi Lemak, How to make nasi lemak, Malaysian Nasi lemak, Cara buat sambal nasi lemak,

No comments:

Post a Comment

Post a Comment