Resepi Ais Krim Mudah

Aiskrim Yang mudah buat


Bahan-Bahan:
1 kotak Coffemate
1 kotak besar susu apa jenis pun boleh.

Cara:
1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.
2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.


Cadangan Hidangan:
Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk diatasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.
Tambahan:
Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, dan sbgnya.

No comments:

Post a Comment