Kuih Tepung Pelita


Juadah Berbuka Puasa : Kuih Tepung Pelita

Info:Tepung pelita adalah popular di seluruh Malaysia terutamanya bulan Ramadhan. Kuih ini dihasilkan oleh masyarakat Melayu. Ia turut dihasilkan secara harian dan dijual di pasar malam dan pasar tani. Tapi lebih mudah dibeli di bazaar Ramadan di mana kuih tepung pelita boleh diperolehi secara meluas. Kuih ini sesuai dimakan semasa berbuka puasa. Ia lembut dan mudah dimakan. Ini kerana kita disunatkan memakan makanan yang manis dan mudah dihadam semasa berbuka. Oleh itu saranan saya, berbuka puasalah dengan kuih tepung pelita.

Pada hari biasa, tepung pelita sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya agak manis dan lembut. Ia dihasilkan secara harian dan tidak sesuai untuk disimpan lama. Tepung pelita agak mudah dihidangkan, dan rasanya juga sedap bagaimanapun ia tidak tahan lama, melekit.



Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.

Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.

Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.

Tepung pelita biasanya dihasilkan untuk jualan harian. Ia tidak tahan lama dan tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. DIsebabkan tepung pelita tidak tahan lama, ia tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit, bukan untuk tujuan borong

Tajuk Lain:

Resepi Kuih Tepung Pelita

Kuih Raya

Kuih Tradisional

No comments:

Post a Comment